Paparan kursus
Antara yang anda akan lihat dan bina. Klik untuk besarkan.
Apa yang anda akan capai
Pada akhir kursus ini anda boleh:
- Menyediakan persekitaran Laravel sendiri dengan Laravel Herd dan Sublime Text.
- Menggunakan Claude untuk menjana, menerang dan menyemak kod tanpa kehilangan kawalan ke atas projek.
- Membina modul CRUD, borang dengan dropdown berangkai, kawalan akses berasaskan peranan dan dashboard.
- Menulis ujian automatik dan menyemak setiap perubahan sebelum commit.
- Mengurus kuota akaun Claude Free supaya cukup untuk 5 hari.
Cara belajar di platform ini
- Buka pelajaran mengikut turutan. Setiap pelajaran dipecahkan kepada langkah kecil.
- Ikut langkah di komputer anda, kemudian tekan Tandakan selesai.
- Kod dan prompt dalam kotak gelap boleh disalin dengan butang Salin.
- Kuiz akhir dibuka selepas semua langkah selesai. Anda boleh mencuba berulang kali.
- Tersekat atau kuota Claude habis? Bahagian Kod rujukan di bawah setiap pelajaran menyediakan fail yang dijana dan projek lengkap untuk dimuat turun.
- Akses kekal selepas latihan. Kembali bila-bila masa untuk ulang kaji.
Alat yang digunakan
| Alat | Kegunaan | Kos |
|---|---|---|
| Laravel Herd | PHP, Composer, Nginx dan laman .test |
Percuma |
| Sublime Text | Editor kod | Percuma untuk penilaian |
| Git | Kawalan versi dan checkpoint | Percuma |
| claude.ai (Free) | Pembantu AI: jana, terang dan semak kod | Percuma, berkuota |
Pendekatan hibrid
Jurulatih menggunakan akaun Claude Free yang sama jenis dengan peserta. Apa sahaja yang ditunjukkan di skrin boleh diulang tepat di komputer anda. Tiada ciri yang hanya ada pada pelan berbayar.
Kandungan
Hari 1: Persediaan dan asas AI coding
- 1. Persediaan persekitaran · 90 min
- 2. Kenali Claude Free dan urus kuota · 75 min
- 3. Model data rujukan · 90 min
Hari 2: Modul CRUD pertama
- 4. Modul Jabatan · 120 min
- 5. Borang Aduan dengan dropdown berangkai · 120 min
- 6. Git cawangan dan semakan kod dengan Claude · 75 min
Hari 3: Aliran kerja dan kawalan akses
- 7. Senarai aduan dan tapisan status · 90 min
- 8. Semakan Terima / Tolak dengan peranan · 120 min
- 9. Buru pepijat · 90 min
Hari 4: Kualiti dan automasi
- 10. Dashboard · 90 min
- 11. Pustaka prompt dan Skill · 75 min
- 12. Ujian automatik dan gaya kod · 90 min
Hari 5: Projek akhir dan penilaian
- 13. Projek akhir · 180 min
- 14. Pembentangan dan refleksi · 120 min
Latihan teknikal 5 hari, 80% hands-on. Peserta membina projek contoh Aduan Mini dari kosong menggunakan Laravel Herd, Sublime Text dan claude.ai, sambil mengurus kuota AI dengan berdisiplin.
- Modul
- 5
- Pelajaran
- 14
- Langkah
- 68
- Tempoh
- Kira-kira 24 jam
- Kuiz akhir
- Lulus 70%
- Akses
- Kekal
RM249.00
Bayaran sekali, akses kekal.
Harga pengajar, dari RM139.00 sekerusi
| 1 – 2 kerusi | RM249.00 |
| 3 – 9 kerusi | RM199.00 |
| 10 – 29 kerusi | RM169.00 |
| 30+ kerusi | RM139.00 |
Sudah ada akaun? Log masuk